uff

Monday 22 April 2013

<div style="position: fixed; bottom: 0px; left: 2px;"><br /><embed pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" width="180" height="400" src="https://8282526871689076434-a-1802744773732722657-s-sites.googlegroups.com/site/widgetfireflies/bleach180%2B400.swf" wmode="transparent" type="application/x-shockwave-flash" quality="high"></embed></div>
Lubuk yang hampa dan tiada berpenghuni.
'Port cantik' tapi kosong
keindahan yang tidak terdapat di Tempat lain

Menduk mencuba di lubuk ini tetapi hampa

Air cantik tetapi bayang Sebarau,Tengas,Kelah dan Lampam pun tidak kelihatan.
Salam kepada semua warga Malaysia terutamanya yang berada di Sungkai. Disini aku nak bincang tentang kepupusan ikan yang berlaku Sg. Sungkai sejak kebelakangan ini.Dulu setakat nak cari ikan rong,ikan lampam,ikan tengas,ikan kelah tersangat lah mudah tak payah nak pergi jauh,sekarang  kebarangkalian untuk dapat ikan -ikan tu 0.1 dalam seratus ekor.Punca-punca kepupusan ini berlaku disebabkan kecuaian,ketamakan  dan kerakusan manusia terhadap alam sekitar.masih terdapat segelintir manusia yang bertopengkan Haiwan @ biawak @memerang yang masih berdegil menggunakan kaedah 'Bom Besi Bangku' bagaimana ikan nak hidup klau dah selalu sangat dibom.Bila ditanya kenapa Masih Buat bom?jawapannye sangat memedihkan hati "aku tak kacho periuk nasi kome pon"dah jenuh aku memikiorkan cara nak bagi geng-geng nie insaf tapi sekejap aje.
Bayangkan suatu masa nanti anak cucu kita mungkin tidak mengenali ikan -ikan yang pernah hidup di sungai Sungkai.Mohon Jasa baik pihak-pihak yang berkenaan supaya dapat membendung gejala ini.
     Sekiranya masyarakat disekeliling  kita nie peka terhadap kepentingan alam sekitar kita mungkin segala yang berlaku dapat diatasi,pelikkan mengapa klau di Sabah dan sarawak mereka boleh mengamalkan sistem 'Tagal' dimana sistem ini dapat memberi tempoh pembiakan ikan yang panjang sebelum ditangkap pada tarikh yang ditetapkan.Masyarakat Sungkai seharus nya di teragkan tentang kaedah tersebut bagi mengelakkan kepupusan ikan di sungai Sungkai suatu hari nanti.Saya takut suatu hari nanti ada diantara generasi kita yang tidak mengenali apa kah itu ikan sungai?"fikir-fikirkan lah.....